Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg malam Ahad telah mengadakan perjumpaan khas dengan ahli-ahli Parlimen GPS di Kuala Lumpur sempena sessi Parlimen yang sedang berlangsung sekarang.
Dalam sessi satu jam tersebut Premier telah berkongsi maklumat dengan ahli-ahli Parlimen tentang perkara-perkara yang melibatkan hak dan pembangunan Sarawak.
Antara yang hadir Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadilah Haji Yusuf.
Sumber dari : Sarawakku